Friday 19 April 2013

Tuesday 16 April 2013

Jangan Berputus Asa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.






**Blurrrr


Jangan berputus asa dari RahmatNya.
Aja-aja Fighting!! (^_^)

Sesuci Cinta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.





Aku bukan wali seperti Rabiatul Adawiyah.
Bukan juga seteguh peribadi Khadijah,
Tidak tegar seperti Asiah,
Bukan jua secantik jiwa Aisyah,

Aku hanyalah wanita akhir zaman,
Wanita yang lemah iman,
Yang hanya mampu dikuatkan oleh Tuhan,
Yang hanya mampu berusaha mencintai Dia,
Walaupun berkali-kali gagal,
Namun tetap ku redahi,
Kerana CintaNya padaku tak pernah gagal,

Aku hanyalah hambaNya yang hina,
Yang hanya mengharapkan rahmatNya,
Yang Maha luas dan tidak pernah terhenti,

Tiada yang lebih mahal,
Selain dari Sesuci Cinta Ilahi.
Cinta yang hakiki dan abadi.

Peacefullover,
Manusia Biasa.


Wednesday 3 April 2013

Laluilah Jalan Itu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Lupa.
Alpa.
Leka.
Suka-suka.
Kenapa?


Tanyalah pada hati apakah yang benar-benar kau mahukan.
Jika ketenangan??


ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah dengan mengingati ALLAH SWT. Ingatlah (bahawa) dengan mengingati ALLAH SWT itu, tenteramlah segala hati. (Surah al-Ra'd ayat 28).

Manusia yang cinta Allah punya kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi kehidupan. Hidup mereka tidak akan diganggu gugat oleh rasa takut dan dukacita.  Firman Allah:“… 

kebebasan yang diberikan kepadamu itu (bila diketahui oleh mereka) adalah lebih dekat untuk mententeramkan hati mereka, dan menjadikan mereka tidak berdukacita, serta menjadikan mereka pula reda akan apa yang engkau lakukan kepada mereka semuanya. Dan (ingatlah) Allah sedia mengetahui apa yang ada dalam hati kamu; dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. “ Surah Al-Ahzaab, Ayat 51


Namun cinta kepada Allah tidak mungkin dicapai tanpa melalui cinta Rasulullah saw. Jika cinta Allah itu tujuan, maka cinta kepada Rasulullah itu adalah jalan. Tujuan tidak akan tercapai tanpa mengikut jalan yang betul. Ini ditegaskan sendiri oleh Allah melalui firmanNya: Katakanlah: 

Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(3:31)



Jika Allah, mana buktinya?
Jangan hanya ungkapkan dibibir, BUKTIKAN!


U need to clear your heart and your mind.
NOW, ALWAYS and NEVER STOP.


Say good bye to satan.
Say to the satan Allah is most POWERFULL.


Yakinlah pada janji Allah yang CONFIRM BETUL & PASTI!

Pesanlah pada diri agar jangan mengalah BERUSAHA untuk MENANG walaupun kau pernah dan pernah kalah.



وَمَن يُطِعِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّـهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ ﴿٥٢
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.

An Nur : 25




SIncerely,
Hamba Allah yang dhaif.




Friday 29 March 2013

Karya Sepi

Ketika ini..
Hanya mendiam.
Kata-kata bagaikan terhenti.
Mulut yang dahulunya yakin dan lancang berkata-kata.
Kini mendiam seribu bahasa.
'Tertampar' oleh ujian yang sebenarnya teguran dari ilahi.
Hati teruji oleh hasil nukilan karya sendiri.
Bila 'cubitan' tidak berkesan 'tamparan' mungkin menyedarkan.
Ianya hanya dapat 'dirasa' di dalam hati yang hanya kecil.
Tetapi memberi 'rasa' dan impak yang besar dan hebat.
'Rasa' hanya dapat dirasa apabila telah 'alami' sendiri.
Sukarnya menterjemahkan 'rasa' kepada kata-kata.

sedang terhuyung-hayang antara graviti kemungkaran dan kebaikan
tidak kukuh lagi
sedang merangkak-rangkak bangkit menuju cahaya suci yang terang 
masih kelam lagi

*blank
*blank
*blank

DIA sedang mendidik jiwa dengan mehnah keperitan, kepedihan dan kesakitan agar tetap

KUAT dalam perit
TABAH dalam resah
SENYUM dalam kelam
CERIA dalam derita
BANGKIT dalam sakit

Mungkin ini adalah 'karma' kejahatan, penghapusan dosa-dosa lampau, hari ini dan akan datang...katakan pada diri BERSYUKURLAH apabila diuji..kerana itu tanda kasih sayang-NYA yang tak pernah berhenti. Itulah tanda DIA 'ingat' akan kamu.

 Sudah berapa kali hati pesan pada diri..jagalah hati...jagalah hatii..hati-hati menjaga hati...kerna hati hampir mati pabila jauh dari ilahi...

sudah berapa kali hati pesan pada diri..jangan terlalu...jangan terlalu... bersederhanalah..bersederhanalah..
kerana pada keSEDERHANAanlah terletaknya keINDAHan...

tamaknya hati..ingin terlalu...terlalu sayang..terlalu ingin mendapatkan impian yang hanyalah fatamorgana...dari jauh indah dipandang..
sudah dapat dan dekat sudah hilang ketenangan tiada makna hakiki..yang hanya adalah pandangan 'duniawi'.

Pandanglah dari sisi kebaikan mudah-mudahan kebaikan jua yang akan dapat...
Memberilah kebaikan dengan kasih dan sayang mudah mudahan terhapus jua kejahatan...

Mungkin ramai yang mampu menerima hidayah dan iman...tetapi nilai takwa itu tidak mudah...kerana ingin mengekalkan iman pada tahap istiqamah lebih sukar..disinilah nilai iman teruji!

Katakan pada hati hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..Dia MAHA TAHU samada hambanya berusaha keras menuju iman atau hanya sambilewa atau langsung tidak endah!

Berhentilah menipu hati sendiri..berhentilah melawan fitrah hati yang cintakan kebaikan dan ketenangan...mungkin mudah untuk menipu orang lain..tetapi tidak hati sendiri dan juga Allah..berdepanlah realiti walaupun realiti itu lebih perit dan tak seindah fantasi..berpijaklah di bumi yang nyata..bukan diawang-awangan yang hanyalah angan-angan panjang.

Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

QALBUN SALIM..
alangkah bertuahnya pemilik hati yang mendapat ketenangan yang datangnya dari Tuhan pemilik sekalian alam..

Pemiliknya
Tetap tenang disaat miskin, keseorangan, tidak memiliki, walau kurang kuantiti dan kualiti materialiti tetapi hatinya tidak henti-henti menikmati kesenangan hati...apa gunanya rumah mewah, kereta mewah, tetapi empunya hati is 'empty' dan serabut..hanya hidup senang tetapi hati langsung tak senang dan tenang...

jika dibandingkan dengan rumah kecil, kereta kecil, tetapi hatinya sentiasa tenang dan senang...mana yang kamu pilih...lebih bertuah andai hidup senang dan hti pun senang...apakah yang lebih penting sebenarnya? kualiti hatilah jawabnya..

MATERIAL tidak bernyawa dan tidak memberi makna yang hakiki...tetapi itulah yang paling dikejar manusia...

PEMILIK HATIlah yang bernyawa dan memberi makna yang hakiki untuk dibawa ke akhirat kelak..tetapi nilainya selalu dicemari dan dikotori..malah tidak dicari..apatah lagi dikejar...

Tertipu dengan ilusi keindahan duniawi kerana lalainya hati..

Jika hati bersih..'hati'lah yang akan menguasai dunia bukan dunia yang menguasai 'hati'.

Sedang
Sedang
dan
Sedang belajar menguasai hati sendiri.
Its okay to fail if u TRY HARDER but its definitely fail if u STOP TRYING.

p/s-  hanya kata-kata lebih hebat daripada empunya diri yang biasa-biasa kerana hanya DIA yang MAHA HEBAT. (^_^)

Sincerely,
Peacefullover.

Monday 24 December 2012

Tips untuk Bahagia

1. Tidak mengharap.
Jangan harapkan apa-apa dari manusia dan tidak kisah jika tidak mendapat penghargaan dari manusia. Lakukan sesuatu hanya kerana Allah jangan harapkan apa-apa pujian dan penghargaan dari manusia. Jika tidak, pasti kamu akan rasa sakit jiwa apabila mengharap balasan dari manusia.

2. Sedar segalanya milik Allah.
Segala yang ada dalam dunia ini hanyalah pinjaman daripada Allah. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita kene suka apa yang kita dapat...Itulah namanya bersyukur dan hargai apa yang Tuhan 'pinjamkan' pada kita.

3. Sentiasa Sabar dan Solat.
 Menurut Imam As-Suyuthi dalam tafsir al-Jalalain, sabar adalah menahan diri daripada segala apa yang dibenci (al-habsu li an-nafsi ‘alaa maa takrahu). Sikap inilah yang wajib dimiliki ketika kita menghadapi musibah. Selain itu, kita disunnahkan untuk  mengucapkan kalimat istirja’ (Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun) ketika berlaku musibah. Allah SWT berfirman :

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" . [TMQ al-Baqarah [2] : 155-156]
 
 3. Jika ada masalah, fokus pada solusi dan serah pada Ilahi.
Jangan fikirkan masalah hingga buat kita stress dan tensyen, tapi lebih fikirkan langkah dan penyelesai masalah, itulah yang lebih membantu dan terbaik..apabila dirasakan penyelesai itu harus dilaksanakan, laksanakanlah! Jangan statik dalam masalah, tapi usahalah untuk 'keluar' dari belenggu masalah itu! Setelah usaha dan lakukan yang terbaik, redhalah dengan hasilnya dengan berdoa, tawakkal kepada DIA.
USAHA kita jauh lebih penting daripada HASILnya...Allah itu lebih melihat USAHA dan KESUNGGUHAN kita daripada HASIL yang SEMPURNA. kerana Allah Maha Tahu tiada manusia yang SEMPURNA.

4. Think positif - Sentiasa berfikir dan bersangka baik.
Positifkan diri kita..barulah hidup kita boleh bahagia dan ceria. Jika terasa berat, berdoalah pada Allah supaya hapuskan segala yang negatif dalam diri kita dan gantikan dengan segala yang positif. Fikirkanlah yang baik-baik sahaja walaupun bukan yang baik-baik saja yang berlaku pada kita...

Sungguh menakjubkan keadaan orang yang beriman, kerana semua perkara adalah baik baginya, dan itu tidak terjadi kepada sesiapa pun kecuali kepada orang yang beriman. Jika dia mendapat nikmat, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, maka itu pun baik baginya." (HR Muslim).

5. Sibukkan diri dengan aktiviti.
Penuhkan masa kita dengan sesuatu yang berfaedah, jangan kurung diri anda, tapi joinlah aktiviti atau seminar-seminar motivasi. Antara aktiviti-aktiviti yang berfaedah :

-zikir
-dengar atau baca Quran
-berbakti untuk ibu bapa
-solat 5 waktu, solat-solat sunat
-baca buku yang berfaedah
-lakukan hobi kita
-uruskan diri kita supaya lebih kemas dan terurus
-buat jadual harian untuk rutin harian kita

6. Maafkan kesilapan orang & bahagiakan orang.
Lupakanlah segala kesalahan orang dan maafkan, kerana itu lebih membuat hidup kita tenang tanpa dendam yang disimpan di dalam hati...dendam adalah virus dalam hati kita yang perlu kita buang...sebaliknya kita cuba bahagiakan orang disekeliling kita walaupun melibatkan pengorbanan jiwa kita sendiri...bagi saya..kita akan lebih bahagia jika kita beri kebahagiaan pada orang lain...tanpa kita meminta orang membahagiakan kita..percayalah, hati yang ikhlas pasti dibalas! kerana Allah yang Maha Adil akan membalas kebaikan kita walau sebesar zarah! Malah Allah membalas lebih banyak daripada sedikit kebaikan yang kita lakukan..betapa pemurahnya Allah.

**sekadar perkongsian perkara yang saya alami sendiri dan cuba amalkan..semoga berjaya! Ingatlah Allah sentiasa ada, kita tak berseorang.

Hidup Kita Untuk Apa?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang

Hidup....apakah yang kita fikir tentang hidup kita? Adakah sekadar makan, tidur, kerja, kereta, handphone & komputer? Kita bukanlah hidup-hidupan, yang tidak mempunyai makna dalam 'our soul' untuk menjadikan kehidupan kita lebih 'berjaya' dan lebih 'something'. Zahir yang terlihat oleh dua mata kita, hanyalah material dan luaran semata-mata...tidak bermakna...ianya hanya alat...bukan malamat...tapi dalaman hati kita itu jauh lebih penting, yang mungkin tidak dapat dilihat oleh 'dua mata' tetapi hanya dapat dilihat dari 'mata hati' kita yang hanya ada satu...mengapa 'mata hati' kita hanya ada satu Tuhan anugerahkan? dan bukan dua seperti mata yang melihat? kerana mungkin 'mata hati' yang satu lagi ada pada manusia lain....

Bukankah Tuhan menciptakan semua berpasang-pasangan...untuk apa? untuk kita mengagumi kekuasaanNya yang Maha Bijaksana mengatur perjalanan hidup manusia...Kadang-kadang bila kita terlalu memikirkan masalah kita, kita lupa...sebenarnya Allah lebih TAHU apa yang telah di TAKDIRKAN...kerana DIA pencipta kita...kita hanya makhluk yang dicipta...sedangkan tentang diri kita sendiri pun kita tidak begitu TAHU...sebagaimana DIA yang MAHA TAHU...Percayalah semua yang diaturkan pasti ada hikmah tersembuyi bagi orang-orang yang berfikir. Itulah tujuannya Tuhan ciptakan kita akal, untuk kita berfikir secara 'betul' dan secara waras...kerana itulah kita dituntut menuntut ilmu dan belajar hingga ke liang lahad agar akal kita dipandu oleh ilmu yang 'sahih' supaya kita tidak tersesat...

Hidup kita sebenarnya hanya untuk Allah, untuk agama Allah...Tapi kita seringkali gunakan hidup kita hanya untuk 'diri kita' kerana kita hanya ingin 'rasa selesa' tak ingin susah, sakit, sedih untuk Allah...tanya pada hati kita, mengapa kita sanggup bersedih kerana manusia biasa...sedangkan kita tidak sanggup bersedih hanya untuk Allah...Allah tahu apa kelemahan kita dan apa kekuatan kita...Jadi, Dia sengaja menguji kita dengan kelemahan kita..supaya kita 'improve' lagi kelemahan itu...agar ia tidak lagi menjadi kelemahan untuk kita...Jika kita dapat harungi dugaan yang Allah timpakan dengan berjaya tanpa mengulagi kesalahan dan kesilapan lepas, Allah akan naikkan darjat kita lebih tinggi lagi..tapi jika kita lemah dan gagal...darjat kita akan menjadi lebih rendah hingga boleh jadi manusia yang hina...hina dengan dosa...
  
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. – Al Baqarah(2): 216

Biasanya, perkara yang kita PERLU buat, agak perit dan kita TAK SUKA nak buat...Tetapi perkara yang kita SUKA buat sebenarnya perkara yang kita TAK PERLU buat..sebab itulah perlunya kita berperang dengan keinginan diri kita untuk buat perkara yang kita PERLU buat untuk kebaikan kita juga,,,bukan untuk orang lain pun...faedahnya nanti kita juga yang merasa...dalam kubur nanti hanya kita yang disoal..seorang diri..

Semua manusia inginkan bahagia..manusia menyangka bahagia itu miliknya. Manusia lupa yang bahagia itu milik Allah dan DIA berhak memberi kepada siapa yang DIA inginkan..Oleh itu kita sama sekali tidak layak mempersoalkan ketentuan DIA...Cuba bayangkan..betapa terlalu banyak nikmat Allah yang melimpah ruah Tuhan kurniakan untuk kita...bagaikan seluas air di lautan..tetapi Allah hanya tarik 'setitis' nikmat dari lautan itu...Tapi kita dah rasa macam kita dah hilang 'satu lautan'..sedangkan terlalu banyak lagi air di lautan tersebut, tapi yang setitis itu jugalah yang kita fikirkan dan sedihkan,,,betapa tamak dan tak bersyukurnya manusia akan nikmat-Nya....

Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. ( Saba’ : 13 )

Ingatlah kata-kata ini...'kalau kita hanya tiada selipar atau kasut yang nak dipakai untuk meneruskan perjalanan kita yang masih jauh di hadapan, ada insan yang langsung tidak berkaki untuk meneruskan perjalanannya....tetapi insan yang tidak berkaki itu lebih hebat dari kita kerana dia 'kaya jiwa dan budi'...

Ukuran kebahagiaan sebenarnya dari hati kita sendiri...bukan faktor luaran..itulah bahagia yang sebenar..kebahagiaan yang dari dalam hati kita, cuba kita sebarkan ke luar.....malangnya bagaimana kita ingin sebarkan bahagia jikalau hati kita sendiri tidak bahagia....kita akan derita jika kita harapkan 'sesuatu' dari luar yang akan bahagiakan ke dalam hati kita...Jadi, kalau kita mahu bahagia cintailah Allah & Rasulullah. Bunyi macam mudah..hendak 'implement' dalam kehidupan pasti bukan mudah..hakikatnya, itulah 'nilai' harga yang perlu dibayar untuk kebahagiaan!

Allah berfirman yang bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)

Jika kita fikir mengapa banyak perkara yang kita ingini tidak terjadi, katakan pada diri banyak mana suruhan dari ILAHI yang tidak kita turuti!



 p/s- inilah nota hati seorang gadis yang sedang mencari kekuatan & kebahagiaan yang lebih sejati dan abadi. Yang baik datang dari DIA, yang buruk dan lemah itu dari diri saya sendiri..

Yang Benar,
Pencari Ketenangan.