Friday 15 June 2012

apa itu BAHAGIA yang sebenar?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Hari ni rasa nak update blog sebab jeles tengok blog orang lain yang best2...
okayla, hari ni tuan punya blog nak menulis pasal BAHAGIA..

Apa bahagia tu sebenarnya??

adakah orang yang bahagia tu hanya untuk orang yang sedang hangat bercinta? atau orang yang kaya raya?
ataupun orang yang dapat semua yang diinginkan dalam hidup? Tapi kenapa orang yang hangat bercinta pernah bersedih sebab kekasih hatinya? kenapa orang yang kaya raya yang hidupnya mewah..hidupnya seakan kosong, stress dengan kerja dan hatinya tak tenang? kenapa orang yang dapat semua yang diinginkan masih tak puas hati dengan apa yang dimiliki? seolah2 ade saje yang tak kena..

Itulah kehidupan....

kehidupan ibarat seperti makanan yang penuh dengan 'rencah'nya...pelbagai 'rasa' yang ada...pahit, manis...kadang2 dalam satu masakan tu, ada 'rasa' masammanis...betul tak? kalau makan coklat pulak 'rasanya' best dan sudah tentu manis..tapi kalau diambil berlebihan kita boleh 'jatuh sakit'...bila sakit, kita mesti makan ubat yang 'rasanya' pahit...itulah akibatnya bila kita hidup terlalu selesa dan ikut 'sedap rasa' je tanpa mengikut GUIDELINE yang DIA tetapkan...samalah jugak macam makan, ada sukatan yang tertentu...contoh kalau kita minum teh...airnya mesti banyak, gulanya 2 3 sudu kecil je...tak banyak...sebab kalau terlalu manis x best n boleh dapat kencing manis silap2 haribulan...kalau tawar pun tak best jugak sebab nikmat rasa tu macam 'kureng' sikit kan? air tu yang paling penting dan perkara yang paling asas...dan kalau kita perhatikan dalam minuman tu, elemen air yang paling banyak, bukan gula, atau pewarnanya....
begitulah juga dalam kehidupan kita..perkara yang paling penting dan paling utama adalah AGAMA...ia ibarat air yang menjadi keperluan kepada kita...sebab hanya airlah yang boleh 'menyucikan' fizikal kita...begitu juga dengan AGAMA ISLAM ibarat air yang menyucikan 'hati' atau 'rohani' kita...

kalau perut kita rasa lapar atau kosong, kita mesti nak makan makanan yang best2...okey, cuba perhatikan pula makanan yang kita makan..sayur yang hijau macam sawi atau peria tu mesti rasanya pahitkan? tapi yang pahit itulah bagus untuk kesihatan kita...tapi makanan yang best macam burger, ayam goreng, kentang goreng dan mcm2 lagi yang sewaktu dengannya...kolestrol tinggi, pastu boleh dapat macam2 penyakit kalau diambil berlebihan..ini bermakna, setiap 'rasa' dan 'rencah' perlu ada batas atau sukatan tertentu...contohnya macam garam, kita ambil dalam kadar yang amat sedikit untuk 'menyedapkan' makanan....begitu juga dengan realiti hidup kita dan naluri hati kita....dah jadi lumrah naluri manusia sukakan hiburan, suka dengar lagu atau suka dengar muzik yang best...Islam tak membunuh naluri manusia...tapi Islam itu mendidik naluri manusia...sebabnya Islam membenarkan hiburan tapi mengikut syarat2 tertentu bukan mengharamkan terus...tapi biasanya orang akan nampak agama islam ni semua tak boleh buat dan semuanya HARAM..sedangkan Islam itu the way of our life...Islam itu indah dan bersyariat...so, berbalik semula kepada hiburan tadi, ia ibarat 'perasa' dalam kehidupan kita, sebab tanpa hiburan hidup kita macam 'tawar' sedikit, sama macam garam yang kita letakkan dalam masakan...

Okay sekarang cuba kita bayangkan cinta remaja zaman sekarang tu macam 'rasa' coklat...sangat best, so sweet...dan bila 'hangat' bercinta tu selalu 'mudah cair'..perasan tak sama macam coklat, mudah cair bila cuaca panas..tapi memudaratkan kalau tak dikawal...sebab orang yang makan coklat tu boleh 'jatuh sakit' macam saya sebut masa awal2 tadi...benda yang sangat nikmat tapi kita makan je ikut selera dan tak ikut nasihat pakar kesihatan...memang buruklah kesannya...tak pasal2 kene makan ubat yang 'pahit'...sendiri cari pasal sendirlah kene telan walaupun pahit...tapi bila dah terkena macam tu...mesti ada hikmahnya..dan kita boleh jadikan perkara tu sebagai iktibar untuk panduan hidup kita akan datang....kesilapan yang kita lakukan dalam hidup tu, akan membuatkan kita lebih matang...sebab pengalaman hiduplah yang mengajar kita pelbagai erti 'rasa'......(sedih, hepy, marah, sakit hati, dan lain2) saya pasti, mustahil manusia biasa tak pernah lakukan kesilapan, termasuklah saya...(*_*)

begitulah jugak macam realiti hidup kita sekarang ni....kalau kita tengok remaja zaman sekarang, macam tak logik je kalau tak pernah 'jatuh hati', atau tak pernah bercinta..kalau tak pernah bercinta pun, saya sangat pasti, mesti diorang pernah 'jatuh cinta'.....dah memang lumrah naluri manusia macam tu....ye, memang betul, remaja nak rasa disayangi, nak rasa diberi perhatian, dan dihargai...saya sangat memahami sebab sy pun pernah remaja jugak (macamla tua sangat sekarang...hehehe)

tapi percayalah...

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

ini adalah pesanan dari DIA bukan saya..saya tolong copy paste dari AL-QURAN je...=)
Tuhan bagi kita akal, untuk berfikir...jadi hargai dan gunalah akal yang ada sebaik mungkin...

kalaulah cinta tu macam coklat..kita simpan dulu coklat tu dalam peti ais (hati kita) dan keluarkan sampai 'cair' bila coklat tu HALAL dan SAH untuk kita makan =b

sebenarnya bahagia itu datangnya dari hati yang TENANG...bahagia itu adalah ANUGERAH yang tak ternilai dan mahal harganya...bukan datang dari manusia, harta, rupa, hiburan, pangkat....tapi datangnya dari DIA...CINTA ILAHI itulah yang paling bermakna dalam dunia sebenarnya...kerana DIAlah yang cipta 'rasa' itu...dan segala2nya...adakah kita sedar? 

dan makanan yang paling penting untuk kesihatan dan kekuatan hati kita adalah 'zikir', ayat2 Al-Quran, as-sunnah dan ilmu agama...ibarat macam kita makan supliment...bila hati kita sihat dan kuat, datanglah ujian seberat mana pun pada kita, kita tak mudah 'jatuh sakit' dan boleh hadapi dengan tenang dan 'cool' je...... wallahu'alam...


p/s - rasa macam panjang pulak, nak je taip lagi panjang2...tapi nanti korang bosan pulak baca entry macam tu....(^_^) by the way...thankz yang sudi baca sampai habis...

No comments:

Post a Comment