Sunday 15 July 2012

^^ DUGAAN REMAJA ZAMAN SEKARANG ^^ Part 2


Kenapa bila bercakap pasal ISLAM….seolah-olah tak boleh buat semua benda….seolah-olah islam itu kejam..menyekat kebebasan, semuanya HARAM dan banyak lagi perspektif2 yang negative….Sedangkan Islam itu satu NIKMAT dari TUHAN….ISLAM itu INDAH…Islam itu SUCI….Islam itu CARA HIDUP KITA…

Sebenarnya…Islam itu BUKAN MENYEKAT…tapi MENDIDIK….ISLAM juga MEMBENARKAN dan MENGHALALKAN BANYAK BENDA DAN MACAM2 AKTIVITI YANG BOLEH DIBUAT. Padahal ISLAM HARAMKAN SEDIKIT PERKARA SAHAJA…….Contohnya, macam makanan….macam2 makanan yang best2 kita boleh makan, beberapa jenis je yg Tuhan HARAMkan…

Kalau nak berkasih sayang berlainan jantina pun Tuhan tak marah dengan CARA BERNIKAH…  bukan MENYEKAT KEINGINAN MANUSIA….

Jika kita perhatikan ayat Al-Quran….dimulakan Dengan NAma Allah Yang Maha PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG….Nampak tak? Betapa Dia Amat Penyayang? Memulakan sesuatu ayat dengan KASIH SAYANG…..dan ayat permulaan, iaitu AL-FATIHAH…jika kita hayati maksudnya….ada menunjukkan supaya kita ikut jalan yang LURUS……bukannya surah pertama dalam Al-Quran TERUS mengatakan tentang perkara yang HARAM dan balasan NERAKA….kerana kasih sayangNYA MENDAHULUI KEMURKAANNYA……bukan KEMURKAANYA MENDAHULUI KASIH SAYANGNYA…

Berbalik semula kepada dugaan orang muda ni………..Dari satu sudut yang saya lihat untuk nak tarik orang muda adalah kita berusaha jadikan ISLAM itu Nampak MUDAH, Nampak INDAH dan Nampak SERONOK…………iaitu dengan cara membuatkan mereka seronok lakukan perkara yang Tuhan suruh…

Contohnya, buatlah satu PERTANDINGAN kat MALAYSIA ni, Pertandingan ‘ISLAM ITU INDAH’ iaitu buat pertandingan perempuan yang PALING PANDAI MENUTUP AURAT, TAPI BERFESYEN yang DIBENARKAN ISLAM……pasti menarik…..HADIAHNYA pula SEBUAH KERETA MYVI......confirm saya rasa ramai yang nak masuk pertandingan macam tu….betol tak?? Secara tak langsung ramai yang ‘praktis dan cuba’ nak tutup aurat……………….walaupun mungkin pada awalnya kita nampak mereka ni, nak tutup aurat betul ke? Nak kereta MYVI?? At least…kita telah mewujudkan satu ‘budaya menutup aurat’…….sekurang2nya tidaklah berleluasa yang terdedah sana sini………

                        
                       

                         
                        
 ~contoh, menutup aurat, tapi still cantik...(^_^)


                        

 ~Kreatif, cantik n fashionabletapi Tutup AURAT....INDAHKAN?? (^_^)

Tapi yang banyaknya PERTANDINGAN DEWI REMAJA adalah……&  banyak sekarang pertandingan MENYANYI, BERLAKON yang meniru gaya barat…..Seolah-olah menggalakkan orang berbuat maksiat….Tak salah MENYANYI & BERLAKON kalau semuanya dibuat dalam SYARIAT ISLAM….

Golongan ‘orang agama’, ‘orang biasa’ takut nak dekat…bukan takut ape? Mereka rasa rendah diri pada mereka, dan rasa macam ada ‘gap’ dengan mereka…..mereka malu kerana mereka merasakan layakkah mereka yang jahil tentang agama duduk bersama mereka, dan merasakan mereka tidak dapat diterima oleh ‘orang agama’……
SENARIONYA, ‘orang agama’ tak salah jika mereka tidak didekati oleh golongan yang biasa, tetapi ‘orang biasa’ tersebut akan terus hanyut dan tidak berubah jika ‘orang agama’ tidak ‘tarik’ mereka…PERCAYALAH ‘orang biasa’ SEGAN dengan ‘ORANG AGAMA’………………….

Tetapi yang sebenarnya Tuhan suruh SEMUA orang ISLAM menjadi Khalifah di muka bumi ni…BUKAN HANYA USTAZ DAN USTAZAH je yang kene buat apa yang TUHAN SURUH dan DAKWAH pada orang…kerana ustazah dan ustaz juga adalah manusia biasa macam kita juga….


"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu"

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

At least, sampaikan lah walaupun satu ayat…..walaupun anda bukan ustaz atau ustazah….kalau nak tunggu kita suci dari dosa and tak buat kesalahan langsung baru boleh berdakwah, takkan wujudlah pendakwah zaman sekarang ni…sebab manusia bukan MAKSUM macam rasulullah…tetapi tidak bermakna manusia dengan sengaja boleh buat dosa dan kesalahan…..

 kita sebagai manusia biasa ni….boleh USAHA dan TAWAKAL untuk jadi lebih baik daripada semalam….Tuhan memandang pada USAHA KITA untuk agama dan sejauh mana kita BERSERAH DIRI kepadaNYA…BUKAN KESEMPURNAAN HASIL USAHA KITA…..

ALANGKAH INDAHNYA, KALAU KERAJAAN MALAYSIA MENJALANKAN SISTEM ISLAM DARI SEGENAP SEGI……(tiba-tiba berfikir sejenak…….fikir-fikirkanlah)

Ditulis Oleh
Hamba Yang Daif,

p/s ~SAYA BUKAN DIRI YANG MEMANG “BETUL” DARI SETIAP SEGI, TAPI INSAN YANG SEDANG “MEMBETULKAN” DIRI DARI SETIAP SEGI…..wallahualam…

No comments:

Post a Comment