Friday 27 July 2012

Bergembiralah wahai Hati

Dengan Nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang

Semoga saya dan sahabat-sahabat lebih tabah, kuat, cekal dan tenang menghadapi ujian hidup yang tidak akan ada titik noktah selagi kita hidup...Tempat untuk kita 'beristirehat' dan 'bersenang lenang' hanya ada di Syuga...Percayalah..jika Dia inginkan kebaikan untukmu...pasti Dia akan mengujimu...

Saya tujukan video ni khas untuk sahabat saya yang disayangi selalu...Ku doakan kebahagiaanmu di dunia akhirat...Amin...(^_^)




SENYUM SOKMO NEH...macam ni...(^___^) ataupun ;)
kan lebih cantik bila kita senyum...SENYUM ITU SEDEKAH YANG PALING MUDAH....

Wallahualam.

LOL,
Sahabatmu.

Sucikan Hati

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Jom sama-sama kita sucikan 'hearty' kita dengan Zikrullah (^_^)


Zikir adalah satu-satunya jalan yang terdekat menuju kepada Allah, bahkan yang sangat mudah & ringan. 

Firman Allah : Berzikirlah kamu kepadaKu nescaya Aku berzikir kepadamu. (al-Baqarah 152) 
Firman Allah : "Hai sekalian orang yang beriman, berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak-banyaknya zikir. Dan bertasbihlah (mengagumkan) Allah pada pagi dan petang". 

Dalam hadith qudsy, Allah berfirman : "Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu terhadap diriKu dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepadaKu". 

"Jika berzikir di dalam hati peribadinya (sendirian), Aku pun berzikir padanya dalam diriKu dan jika berzikir pada Ku di depan umum, Aku pun berzikir padanya di muka umum yang lebih baik dari golongannya, dan bila ia mendekat pada Ku sejengkal, Aku mendekat padanya sehasta, dan bila ia mendekat pada Ku sehasta, Aku mendekat padanya sedepa, dan bila ia datang pada Ku berjalan, Aku datang kepadanya berjalan cepat (berlari)". 
 
Subhanallah...Tenangkanlah hatiku dengan cinta-Mu..kerana Cinta-Mu Bukan Cinta Biasa...<3




LOL,
Insan Biasa,

Thursday 26 July 2012

'Limited Edition' itu Mahal & Bernilai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah di kesempatan ini saya masih lagi bernafas dengan kehendakNYA...

Tiba-tiba saya berfikir tentang 'Limited Edition'...
Iaitu sesuatu yang terhad dan sedikit, tapi pastinya BERHARGA dan menjadi idaman setiap orang...

Jika kita perhatikan butir pasir di pantai...pastinya tidak terkira dan tidak mampu dikira satu persatu kerana TERLALU BANYAK...kalau kita jual sekilo pun TAK LAKU...sebab AMAT MUDAH untuk DIDAPATI...

Tetapi bagaimana pula dengan batu PERMATA di lautan dalam dan EMAS di dalam kerak bumi...perlu digali, perlu di cari...TIDAK MUDAH DIDAPATI...dan kalau jual sekilo pasti MAHAL... dan harganya semakin lama, semakin tinggi kerana semakin SUKAR untuk didapati....EMAS tersebut diletakkan dalam bekas kaca, tertutup rapi dan DIKUNCI supaya TAK DICURI sewenang-wenangnya..

Tetapi EMAS sebelum menjadi EMAS, hanyalah daripada batu biasa, tetapi oleh kerana telah melalui PROSES TERTENTU di dalam kerak bumi yang MENGAMBIL MASA dan wujudnya EMAS di dalam kerak bumi....Tetapi, sebelum EMAS tersebut menjadi MAHAL, LIMITED EDTION & EXCLUSIVE, ia DIBAKAR, DITEMPA & DIBENTUK supaya lebih cantik dan lebih SPECIAL di mata manusia...dan LEBIH BERHARGA...

Begitu juga dengan diibaratkan seperti perempuan yang SEDIKIT....apa yang dimaksudkan dengan PEREMPUAN YANG SEDIKIT?

Cubalah kita perhatikan, amat SEDIKIT perempuan yang SEMPURNA menutup aurat...saya menulis bukan kerana saya sudah perfect menutup aurat...tapi saya masih lagi masih belajar membaiki diri untuk menutup aurat dan banyak lagi...bagi saya, kalau boleh niat kita buat tu sebab DIRI SENDIRI, BUKAN SEBAB ORANG LAIN dan BUKAN SEBAB ORANG SURUH....biarlah kita buat tu memang SEMATA-MATA kerana DIA...InsyaAllah...dan biarlah sedikit-sedikit tetapi istiqamah dan kekal...sebab takkanlah orang yang sudah biasa pakai seluar jeans and suka dress up tiba-tiba je jilbab labuh TERUS and PERFECT menutup aurat..walaupun begitu tidak bermakna kita dibenarkan untuk SENGAJA buka aurat.....tetapi sekurang-kurangnya...kita USAHA dan CUBA perbetulkannya....

Contoh, kalau semalam kita baju singkat, esok kita try pakai yang labuh sikit...then, bila dah okay dan istiqamah, kita improve lagi, dan pakai pula baju yang lebih labuh, bila dah istiqamah macam tu, next time improve lagi....dan mungkin 1 hari nanti kita berjubah pulak...pedulikan kata-kata sindiran daripada orang lain....sebab sekarang kita FOKUS pandangan DIA....

kerana orang yang HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM itu lebih baik daripada ORANG YANG SEMALAM LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI...

Faham tak maksud saya? sebab yang penting dalam hidup bukan permulaan hidup kta, tetapi pengakhiran hidup kita samada baik ataupun buruk...

Memang dah ramai jugak yang bertudung....tapii........
Perempuan  yang menutup aurat secara SEMPURNA boleh bilang dengan jari je kalau pergi ke mana-mana, kecuali kat tempat belajar agama..betul tak?

Ini bermaksud mereka 'Limited Edition' sebab SUKAR DIDAPATI dan MAHAL nilainya...tapi saya faham orang tak nak sebab mungkin nampak macam 'ustazah', 'baik' kolot dan tak up to date katenye....saya pun dulu ada fikir begitu mase zaman jahiliyyah...astaghfirullah...huhuhu....alhamdulillah Tuhan bagi kesedaran pada saya yang membuatkan saya berfikir....YANG BENAR TETAP BENAR...yang SALAH TETAP SALAH...bagi saya...orang yang tutup aurat tapi nak up to date takde masalah pun...sebab sekarang banyak fesyen muslimah yang cantik-cantik....sebab saya still 'dress up' dan ade ckit2 lagi yang kene diperbetulkan....huhu..(slow2lah)

Kalau kita nak jadi berharga seperti EMAS, kita mestilah ikut 'PROSES PERUBAHAN' dan 'MENGAMBIL MASA'...dan bila dah macam nak jadi tu, kita kena tahan hati kita kalau kita KENA sindir atau kena 'kutuk' dengan orang lain atas perubahan kita tu...samalah seprti EMAS, yang perlu DIBAKAR, diTEMPA sebelum menjadi 'Exclusive'.....

Sebenarnya bukan aurat je...sikap dan akhlak pun kena jaga...terutama kalau anak dara...kenalah jaga pergaulan...maksud saya, janganlah menggedik dan mengada-ngada sangat bila kita berkawan dengan lelaki...biasa-biasa je dhla...sebab yang mengada-ngada tu khas untuk SORANG je...tu pun kalau ada jodoh dan berkahwin...huhu... tapi tak bermakna, kita langsung tak berkawan dengan orang disekeliling dan terdekat dengan kita..ustaz azhar pun kate, dakpe kalau kita keluar dengan lelaki atas urusan tetapi kereta asing-asing dan makan di kedai makan yang ramai orang....hehehe....

maksud saya kita jangan sampai melampaui batas...sebab Tuhan SUKA yang SEDERHANA...bukan melampaui batas....Rasulullah pun suka kesederhanaan....

Terutamanya yang perempuan kena berhati-hati dengan kaum yang bukan kaum jenis mereka (kaum adam yang bukan muhrim). Tapi takdelah sampai kita berburuk sangka....cuma berhati-hati je...dan jangan sekali-kali serahkan dara pada mereka sebelum kahwin...bahaya sangat...saya bukanlah baik sangat sebab saya pun ada sejarah lalu juga...pernah bercople juga...Alhamdullillah sangat skrg tak cople....jadi saya boleh fokus HANYA DIA...=) saya berkawan dengan ramai orang, jadi saya tahu dan saya belajar dari pengalaman saya sendiri orang lelaki ni guane....tapi saya tak kata semua lelaki begitu...

Macam saya sebut awal-awal tadi.... 'EMAS yang 'Limited Edition' TERTUTUP RAPI dan DIKUNCI supaya TAK DICURI SESUKA HATI OLEH ORANG YANG BERMINAT UNTUK MENCURINYA'

Maksudnya bila aurat terjaga, akhlak dan sikap terjaga, kita TIDAK LAGI 'DICURI' SESUKA HATI...tetapi kita LEBIH DIHORMATI...dan LEBIH DISAYANGI....INSYAALLAH

p/s~tiada orang baik yang tiada masa lalu, dan tiada orang jahat yang tiada masa depan...pintu taubat sentiasa terbuka....
Kita boleh memilih samada ingin jadi seperti EMAS yang 'Limited Edition' atau 'PASIR' yang hanya dipijak...tiada paksaan dalam ISLAM....Hati yang ikhlas pasti dibalas...(^_^)




~hurm...bilelah aku akan macam ni? *wondering*


::yang buruk itu daripada saya, yang baik itu hanyalah dari DIA..WALLAHUALAM::

Yang Menulis,
Hamba Allah.

Friday 20 July 2012

Speechless

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Di bulan ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan..

                 

                              


        


Videos that makes me speechless........







~Sejuk perut Ibu yang Mengandung~ (^_^)

Sincerely by,
Extraordinarygurl to be




Thursday 19 July 2012

:: HijRah ::

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hijrah itu Indah...
Perlu lakukan perubahan untuk kebaikan diri kita...

Ini adalah contoh-contoh yangmembuat saya tersentuh, dan terharu dengan perubahan mereka..

dan hati saya SEJUK melihat mereka dan TIDAK JEMU dipandang berkali-kali.....<3



**ini pelakon cerita 'ketika cinta bertasbih' ~ best gila...



**ini pulak yatt hamzah yang cantik dan sudah insaf dengan kesilapan dulu...



**bukan nak berpolitik...tapi kita ada akal dan boleh bezakan antara baik dan buruk (^_^)

Mungkin kita boleh contohi dan ambil iktibar dari mereka yang sudah melakukan PERUBAHAN.....

KIta juga boleh tumpang SEMANGAT mereka...

InsyaAllah kalau mereka boleh, kita juga BOLEH =)

Sekian,

Oleh~
Hamba yang mencari CINTANYA,


~Bila Saya Menulis~

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

::Bila Aku Menulis::

Bila aku menulis??

Mengapa tercetusnya idea begini...

Kerana aku menulis untuk diri ku sendiri...

Aku menulis kerana aku MINAT penulisan...
Aku menulis sebagai PERINGATAN untuk aku..
Aku menulis sebagai PENGISIAN untuk aku...
Aku menulis sebagai BAHAN BACAAN untuk aku...
Aku menulis sebagai HOBI untuk aku....
Aku menulis sebagai FAEDAH untuk aku...
Aku menulis sebagai SAHAM untuk aku.....

Bila aku menulis.....
bukan bermakna akulah yang TERBAIK...
Bila aku menulis,
bukan bermakna akulah yang BANYAK ILMU...
Bila aku menulis,
bukan bermakna akulah yang BETUL...
Bila aku menulis,
Bukan bermakna akulah yang BIJAK PANDAI....

kerana aku masih lagi merangkak rangkak mencapai REDHANYA
Kerana aku bukan SUCI daripada KESALAHAN...aku sebenarnya sedang usaha untuk MENYUCIKAN
MINDA, HATI dan AMAL....Oleh itu masih banyak lagi yang harus aku PERBAIKI DIRI.....

Aku menulis semata-mata untuk DIRIKU yang selalu LALAI....
selalu LEKA...selalu BERDOSA....selalu SILAP....
supaya INGAT padaNYA setiap saat aku BERNAFAS...

& semua ini ku lakukan HANYA UNTUK DIA pemilik segala-galanya.....

Semoga Tuhan kuatkan hatiku untuk MENULIS & MENULIS....walaupun apa persepsi orang lain pada diriku....kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI daripada MANUSIA BIASA....
Amin YA Rabb..

Sunday 15 July 2012

^^ DUGAAN REMAJA ZAMAN SEKARANG ^^ Part 2


Kenapa bila bercakap pasal ISLAM….seolah-olah tak boleh buat semua benda….seolah-olah islam itu kejam..menyekat kebebasan, semuanya HARAM dan banyak lagi perspektif2 yang negative….Sedangkan Islam itu satu NIKMAT dari TUHAN….ISLAM itu INDAH…Islam itu SUCI….Islam itu CARA HIDUP KITA…

Sebenarnya…Islam itu BUKAN MENYEKAT…tapi MENDIDIK….ISLAM juga MEMBENARKAN dan MENGHALALKAN BANYAK BENDA DAN MACAM2 AKTIVITI YANG BOLEH DIBUAT. Padahal ISLAM HARAMKAN SEDIKIT PERKARA SAHAJA…….Contohnya, macam makanan….macam2 makanan yang best2 kita boleh makan, beberapa jenis je yg Tuhan HARAMkan…

Kalau nak berkasih sayang berlainan jantina pun Tuhan tak marah dengan CARA BERNIKAH…  bukan MENYEKAT KEINGINAN MANUSIA….

Jika kita perhatikan ayat Al-Quran….dimulakan Dengan NAma Allah Yang Maha PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG….Nampak tak? Betapa Dia Amat Penyayang? Memulakan sesuatu ayat dengan KASIH SAYANG…..dan ayat permulaan, iaitu AL-FATIHAH…jika kita hayati maksudnya….ada menunjukkan supaya kita ikut jalan yang LURUS……bukannya surah pertama dalam Al-Quran TERUS mengatakan tentang perkara yang HARAM dan balasan NERAKA….kerana kasih sayangNYA MENDAHULUI KEMURKAANNYA……bukan KEMURKAANYA MENDAHULUI KASIH SAYANGNYA…

Berbalik semula kepada dugaan orang muda ni………..Dari satu sudut yang saya lihat untuk nak tarik orang muda adalah kita berusaha jadikan ISLAM itu Nampak MUDAH, Nampak INDAH dan Nampak SERONOK…………iaitu dengan cara membuatkan mereka seronok lakukan perkara yang Tuhan suruh…

Contohnya, buatlah satu PERTANDINGAN kat MALAYSIA ni, Pertandingan ‘ISLAM ITU INDAH’ iaitu buat pertandingan perempuan yang PALING PANDAI MENUTUP AURAT, TAPI BERFESYEN yang DIBENARKAN ISLAM……pasti menarik…..HADIAHNYA pula SEBUAH KERETA MYVI......confirm saya rasa ramai yang nak masuk pertandingan macam tu….betol tak?? Secara tak langsung ramai yang ‘praktis dan cuba’ nak tutup aurat……………….walaupun mungkin pada awalnya kita nampak mereka ni, nak tutup aurat betul ke? Nak kereta MYVI?? At least…kita telah mewujudkan satu ‘budaya menutup aurat’…….sekurang2nya tidaklah berleluasa yang terdedah sana sini………

                        
                       

                         
                        
 ~contoh, menutup aurat, tapi still cantik...(^_^)


                        

 ~Kreatif, cantik n fashionabletapi Tutup AURAT....INDAHKAN?? (^_^)

Tapi yang banyaknya PERTANDINGAN DEWI REMAJA adalah……&  banyak sekarang pertandingan MENYANYI, BERLAKON yang meniru gaya barat…..Seolah-olah menggalakkan orang berbuat maksiat….Tak salah MENYANYI & BERLAKON kalau semuanya dibuat dalam SYARIAT ISLAM….

Golongan ‘orang agama’, ‘orang biasa’ takut nak dekat…bukan takut ape? Mereka rasa rendah diri pada mereka, dan rasa macam ada ‘gap’ dengan mereka…..mereka malu kerana mereka merasakan layakkah mereka yang jahil tentang agama duduk bersama mereka, dan merasakan mereka tidak dapat diterima oleh ‘orang agama’……
SENARIONYA, ‘orang agama’ tak salah jika mereka tidak didekati oleh golongan yang biasa, tetapi ‘orang biasa’ tersebut akan terus hanyut dan tidak berubah jika ‘orang agama’ tidak ‘tarik’ mereka…PERCAYALAH ‘orang biasa’ SEGAN dengan ‘ORANG AGAMA’………………….

Tetapi yang sebenarnya Tuhan suruh SEMUA orang ISLAM menjadi Khalifah di muka bumi ni…BUKAN HANYA USTAZ DAN USTAZAH je yang kene buat apa yang TUHAN SURUH dan DAKWAH pada orang…kerana ustazah dan ustaz juga adalah manusia biasa macam kita juga….


"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu"

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

At least, sampaikan lah walaupun satu ayat…..walaupun anda bukan ustaz atau ustazah….kalau nak tunggu kita suci dari dosa and tak buat kesalahan langsung baru boleh berdakwah, takkan wujudlah pendakwah zaman sekarang ni…sebab manusia bukan MAKSUM macam rasulullah…tetapi tidak bermakna manusia dengan sengaja boleh buat dosa dan kesalahan…..

 kita sebagai manusia biasa ni….boleh USAHA dan TAWAKAL untuk jadi lebih baik daripada semalam….Tuhan memandang pada USAHA KITA untuk agama dan sejauh mana kita BERSERAH DIRI kepadaNYA…BUKAN KESEMPURNAAN HASIL USAHA KITA…..

ALANGKAH INDAHNYA, KALAU KERAJAAN MALAYSIA MENJALANKAN SISTEM ISLAM DARI SEGENAP SEGI……(tiba-tiba berfikir sejenak…….fikir-fikirkanlah)

Ditulis Oleh
Hamba Yang Daif,

p/s ~SAYA BUKAN DIRI YANG MEMANG “BETUL” DARI SETIAP SEGI, TAPI INSAN YANG SEDANG “MEMBETULKAN” DIRI DARI SETIAP SEGI…..wallahualam…