Thursday 19 July 2012

~Bila Saya Menulis~

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

::Bila Aku Menulis::

Bila aku menulis??

Mengapa tercetusnya idea begini...

Kerana aku menulis untuk diri ku sendiri...

Aku menulis kerana aku MINAT penulisan...
Aku menulis sebagai PERINGATAN untuk aku..
Aku menulis sebagai PENGISIAN untuk aku...
Aku menulis sebagai BAHAN BACAAN untuk aku...
Aku menulis sebagai HOBI untuk aku....
Aku menulis sebagai FAEDAH untuk aku...
Aku menulis sebagai SAHAM untuk aku.....

Bila aku menulis.....
bukan bermakna akulah yang TERBAIK...
Bila aku menulis,
bukan bermakna akulah yang BANYAK ILMU...
Bila aku menulis,
bukan bermakna akulah yang BETUL...
Bila aku menulis,
Bukan bermakna akulah yang BIJAK PANDAI....

kerana aku masih lagi merangkak rangkak mencapai REDHANYA
Kerana aku bukan SUCI daripada KESALAHAN...aku sebenarnya sedang usaha untuk MENYUCIKAN
MINDA, HATI dan AMAL....Oleh itu masih banyak lagi yang harus aku PERBAIKI DIRI.....

Aku menulis semata-mata untuk DIRIKU yang selalu LALAI....
selalu LEKA...selalu BERDOSA....selalu SILAP....
supaya INGAT padaNYA setiap saat aku BERNAFAS...

& semua ini ku lakukan HANYA UNTUK DIA pemilik segala-galanya.....

Semoga Tuhan kuatkan hatiku untuk MENULIS & MENULIS....walaupun apa persepsi orang lain pada diriku....kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI daripada MANUSIA BIASA....
Amin YA Rabb..

No comments:

Post a Comment