Thursday 12 July 2012

~Check Diri Kita~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang..

Assalamualaikum...
 Alhamdulillah..dapat juga saya mencuri masa untuk update blog saya ni..

Kali ini saya nak share pasal cara-cara kita nak motivate diri supaya berubah menjadi lebih baik dari hari ke hari...Banyak cara yang kita boleh buat sebenarnya,,,dan ini semua adalah peringatan untuk diri saya jugak....Antaranya:


  • First sekali, kita soal diri kita, ANDAI DITAKDIRKAN KITA MATI ESOK HARI, ADAKAH KITA BOLEH JAWAB SOALAN-SOALAN KAT DALAM KUBUR & KAT PADANG MASYAR NANTI?? tak takut ke dalam kubur sorang2 GELAP...and neraka is HOT....huhu
  • Then, kalau kita rasa kita tak bersedia untuk mati, HARI INI jugak kita perlu tanam tekad yang kita MESTI BERUBAH...kerana belum tentu kita masih hidup ESOK HARI...bukankah TUJUAN kita dihidupkan adalah untuk BERIBADAH?
  • Buat CHECKLIST untuk diri kita...Untuk sahabat2 yang baru rasa nak berubah, macam saya ni, mula2 tanamkan & niatkan dulu dalam hati untuk berubah...
    (abaikan pandangan orang lain terhadap kita tapi cuba utamakan pandangan DIA)

    ::Video ni mungkin boleh dijadikan salah satu contoh, saya tak nak type n bercerita panjang2, sebab saya takut nanti ada yang bosan (*_*)


  • Lepas tu, mulakan hidup kita mulai HARI INI, as a PRODUCTIVE MUSLIMAH OR MUSLIM..
    Mulakan sedikit demi sedikit, jangan gopoh...sebab mustahil perubahan kita TERUS PERFECT...
    Buat satu per satu, mungkin perkara pertama sekali yang kita boleh buat perubahan adalah kita pertingkatkan KUALITI SOLAT kita.....

                          

  • Contohnya, cuba fahami bacaan dalam solat dan pertingkatkan khusyuk dalam solat...kemudian cuba solat di awal waktu, ini sangat penting, sebab SOLAT adalah TIANG AGAMA...Bila dah okay, cuba tambah pulak solat-solat sunat.......
    Ingatlah! SOLAT PERKARA PERTAMA yang akan DIHISAB KELAK...

  • Okay, bila kita rasa kita dah berusaha n cuba istiqamah tingkatkan KUALITI SOLAT, apakata, kita cuba BACA AL-QURAN paling kurang SATU MUKA SURAT UNTUK SATU HARI....bukan sekadar BACA, tapi cuba HAYATI dan FAHAMI ayat2 Quran tu...kepada yang tiada QURAN TAFSIR, BELILAH, TAK MAHAL PUN (^_^)

    Ingat tak 'IQRA' adalah suruhan PERTAMA yang Rasulullah dapat wahyu daripada TUHAN melalui MALAIKAT? Semua dah pernah belajar kat sekolah kan? =)

    DUA ELEMEN NI SANGAT PENTING SEBAB KEDUA2NYA perkara yang 'PERTAMA'....

    Tahu tak sebab apa IQRA' tu penting?? Sebab.........AMAL tanpa ILMU, tak meyakinkan KESAHIHAN IBADAH kita....Sebab itulah ILMU sangat penting untuk kita BERAMAL...     

           
                            


  • Cuba Kenali dan CINTAI ROLE MODEL untuk ORANG ISLAM, iaitu Rasulullah s.a.w (MOHAMMAD) - KENALI PERSONALI DAN CUBA IKUT =)

    Saya pun bukan tahap yang bagus lagi tapi kita TRY, CUBA, & USAHA untuk buat..........
    untuk permulaan kepada yang baru nak berubah, mungkin boleh ikut sunnah nabi yang MUDAH dahulu, contohnya, cara Rasulullah makan dan tidur..Mudah sangat kan? Rasanya, budak tadika pun boleh buat......OLEH ITU, CUBA KITA UTAMAKAN SUNNAH YANG PENTING...iaitu AKHLAKNYA.....=)

    Saya cuba bagi contoh sifat rasulullah yang asas:
  1. Amanah
  2. Jujur
  3. Bijaksana
  4. Menyampaikan (Dakwah)


  • Hubungan dengan IBU BAPA dan SESAMA MANUSIA.....Check OK ke KO?

    Sebenarnya perkara ni agak sukar bagi saya, sebab saya ni sekarang sedang berusaha..kadang2 kita susah nak KAWAL MULUT kita ni...ada je yang tersilap cakap sepanjang hari.....kadang2 kita tak perasan pun kata2 kita boleh buat ibu bapa n orang disekeliling kita..terguris dengan percakapan kita....

    Jadi, tips saya adalah kita SELALU MINTAK MAAF pada orang dan kita MAAFKAN ORANG...
    Mustahil kita tak pernah langsung ada masalah dengan orang betol tak? jadi, JANGAN EGO nak minta maaf dan BUAT BAIK PADA Orang Sekeliling kita...(^_^)

    Perkara inilah yang saya paling takut & TAK LULUS LAGI....hurmmm ;(

  • Saya lebih suka perubahan kita tu, biarlah bermula daripada HATI, iaitu daripada dalaman, barulah seiring dengan LUARAN...JANGAN LUARAN JE BAGUS,  TAPI HATI TIDAK....(Tapi TAK BERMAKNA anda dibenarkan BUKA AURAT)

    So, bila bercakap tentang LUARAN, kita KENA ikut SYARIAT yang DIA dah tetapkan, iaitu TUTUP AURAT...

    Aurat bagi perempuan, yang boleh nampak hanya muka dan tapak tangan sahaja.......PASTIKAN Tidak Terlalu Ketat, Tidak Jarang, dan Tudung Tutup dada......

    Ustaz AZHAR kata, yang wajib adalah MENUTUP AURAT, BUKAN PAKAI TUDUNG JE....(^_^)

    Bersambung,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

    P/s ~ Sori, kesuntukan masa, saya akan update lagi next time....salam..

No comments:

Post a Comment