Sunday 12 August 2012

Dia Gadis

Dia gadis yang baru...

bukan gadis yang dulu..

yang bisa kau gula-gulakan dengan janji manismu...

yang bisa kau buat sesuka hatimu..

yang bisa kau kotorkan fikirannya...

yang bisa kau curi ketulusan perasaannya...

yang bisa kau kotori hati sucinya...

yang bisa kau ragut bahagia hari-harinya....

yang hanya bisa menangis lemah tak bermaya...


Tapi gadis itu sedar...

itu semua berlaku kerana dirinya yang alpa...

Bukan salah sesiapa...

Tapi gadis itu sendiri...

Kerana lemahnya 'hati'...

Rapuhnya iman di kamar nurani.....

Buta akan makna cinta sejati...



Dia Gadis...

Tidak menyalahkan sesiapa...

Kerana yang buruk itu datang darinya..

Siapakah dia menyalahkan suratan dari DIA....

Tetapi dia terima apa adanya...

Kerana itulah memang takdir-NYA....

Gadis itu kuat kerana DIA...

DIAlah yang memberi segala-galanya...

Gadis itu sujud syukur atas nikmatnya....

Yang tak mugkin mampu terbalas walau beramal sepenuh masa....


Gadis itu sedar...

Mungkin dia pernah menipu tanpa sedar...

Lalu dia ditipu dalam sedar...

Mungkin dia pernah melukai tanpa sedar...

Lantas di dilukai dalam sedar...

Mungkin dia pernah mempermainkan tanpa sedar...

Lalu dia di permainkan dalam sedar...

Mungkin dia pernah mengecewakan tanpa sedar...

Lantas dia dikecewakan dalam sedar...

Mungkin dia pernah dan pernah tanpa sedar

Lalu dia disedarkan dengan dugaan yang lebih besar....

dia kini hanya mampu istighfar....




dia sekarang....

Gadis tabah dan gagah,,,

Bukan gadis bodoh dan lemah...

Gadis yang tetap tegak berdiri...

Walau telah jatuh berkali-kali..

Tetap terus 'berlari'....

Walau dihimpit ranjau berduri....

Tetap terus berhati-hati...

Walau di timpa ombak tsunami...

dirinya tetap cekal dan kental...

Kerana dia yang baru kuatkan tawakkal...

Tekad azamnya melakar amal...

Cinta Ilahi sebagai bekal...

Untuk 'bahagia' di alam kekal...


















No comments:

Post a Comment