Thursday 4 October 2012

::Secebis Rasa, Sejuta Makna::

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

Assalamualaikum, (^_^)

Rindu sangat rasanya untuk menulis, setelah sekian lama blog ini 'terbiar'. Bukan tak mau menulis tetapi terlalu banyak halnya sejak puasa antaranya, persiapan kakak saya untuk berkahwin dengan orang yang berasal dari Banda Acheh (tak pasal-pasal...hehe).

 Lepas 'settle' hal kakak saya berkahwin, hal nak  menghantar adik saya yang  melanjutkan pelajarannya ke Jordan di KLIA pula. Setelah dah selesai semua, masalah internet di rumah saya pula yang di panah petir. Kemudian, bila dah dibaiki, masih juga tak boleh online sebab 'time' saya ada di rumah..kilat dan petir sambar menyambar dari petang sampai malam...Maklumlah, kat tempat keje tak boleh online.

 Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan untuk menulis sebab cuaca hari ini agak baik dan tak hujan...Tapi bukan alasan itu yang nak 'dikupaskan'. Sekadar menjelaskan ketiadaan 'post' yang baru dalam blog saya yang tak seberapa ni..(^_^)

Okay, Ada apa dengan Secebis Rasa, Sejuta Makna....

Maksudnya apabila kita ditimpakan perasaan sedih, duka, gembira atau pun derita, sebenarnya terdapat sejuta makna yang 'tersirat' oleh Dia untuk kite BERFIKIR dengan RASIONAL dan BUKAN EMOSIONAL...Bermakna, terdapat sejuta HIKMAH yang sangat baik untuk kita, yang kita tidak tahu..kerana hanya DIAlah Yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita..

Dia berikan kita AKAL untuk kita 'berfikir' dan 'merasai' dengan MATA HATI yang hakiki...Jadi hargai dan gunakanlah sebaik mungkin..

Pernah tak kita diuji dalam satu keadaan yang memaksa kita bertindak di luar 'kewarasan' kerana keadaan dan persekitaran yang mendesak kita kerana PERASAAN yang tidak tertahan??

Tetapi selepas itu kita rasa sangat menyesal dan tak ingin lagi mengulangi apa yang telah kita lakukan...
Kita manusia biasa, tak mungkin tak pernah buat silap dan tidak dapat lari dari kesalahan dan dosa..

Oleh itu, kita perlu memperbanyakkan  istighfar. Sedangkan Rasulullah insan yang maksum daripada dosa pun beristighfar lebih daripada 100 kali sehari, mengapa kita manusia biasa, yang lemah lagi hina dan penuh dengan dosa, nak beristighfar 10 kali pun terasa berat? bukan sahaja 'berat' tetapi kadang-kadang lupa dan lalai...

Bukankah dengan mengingati DIA hati menjadi tenang...Jadi tidak timbul soal 'sakit hati' andai DIA yang selalu kita ingati..Tetapi kita manusia biasa yang diberikan oleh DIA pelbagai perasaan dan rasa di dalam hati kita, sebagai ujian untuk kita, dan bagaimana kita atasi sesuatu ujian tersebut..samada diatasi dan diurus dengan cara yang baik atau pun sebaliknya...

Disebabkan kita mempunyai perasaan dan hanyalah hamba Allah, terbuktilah yang kita LEMAH tanpa CINTA dan KASIH SAYANG daripada ALLAH..kerana itulah setiap apa pun yang kita lakukan perlu dan mesti berbalik kepada Allah, pemilik SEGALA-GALANYA...daripada DIA kita datang dan kepada DIA jualah kita kembali...

Kadang-kala, apabila kita rasa seolah-olah tiada jalan keluar kepada masalah kita dan merasa derita berpanjangan selalu melanda, sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita bagi orang yang 'berfikir'...
Kerana apa?? Ini adalah kerana apabila keadaan kita 'down' pada siapa lagi yang kita harapkan kalau tak kepada DIA....selalunya hubungan kita dengan DIA akan lebih bagus apabila kita dalam 'masalah'....Ini bermakna DIA 'pandang' kita..dan inginkan hubungan kita lebih baik pada DIA...

Sebab itulah orang yang Allah sayang, adalah orang yang paling banyak ujiannya...kerana DIA ingin 'melihat' sejauh mana rasa SABAR kita menghadapinya...dan sebanyak mana rasa SYUKUR kita pada nikmatNYA...

Sertakat ini sahaja Secebis Rasa, Sejuta Makna daripada saya...sebenarnya ini semua ditujukan untuk diri saya sendiri dan sekadar perkongsian buat semua... (^_^)

P/s~ kalau panjang sangat, ada yang bosan nanti..opss..**joke

Lot of Love,
OrdinaryGurl.


No comments:

Post a Comment