Tuesday 13 November 2012

~Sayangilah Diri~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Wahai hatiii..
Jangan sekali-kali menyerahkan hatimu pada manusia,
Tetapi serahkanlah jiwamu pada Allah,
Nescaya Allah akan menjaga hatimu...
Seandainya diserahkan pada manusia..
Sudah tentu hatimu tidak sentiasa dijaga..

Percayalah..
Janji Allah pasti ditepati,
Janji manusia tiada kepastian..

Biarlah kau kehilangan cinta & penghargaan manusia,
Tetapi tidak hilang cinta ilahi yang suci & hakiki...
Seandainya cinta ilahi yang kau kejar,
Nescaya Allah akan hantarkan orang2 yg mencintaiNya utk mencitaimu...

Wahai hati..
Hidup bukan mudah kerana perlu mujahadah,
Sesekali kau akan rebah dan tersasar,
Bukan bermakna kamu sudah kalah selamanya,
Kamu hanya kalah dan tewas dalam satu pertempuran,
Namun hatimu jangan sesekali mengalah,
Tetapi bangkitlah dan terus berusaha meraih redha ilahi,
Bangkitlah berkali-kali,
Berputus asa jangan sekali-kali,

Teruskanlah berjuang...
Berjuang untuk meraih redha ilahi,
Itulah perkara yang paling menguntungkan diri...

P/s- Usah bersedih andai dirimu tidak dihargai, tetapi bersedihlah jika dirimu tiada lagi harga diri (kredit to Ustz Pahrol)

**hiburkan diri sebentar...khas untukmu wanita (^_^)