Monday 24 December 2012

Tips untuk Bahagia

1. Tidak mengharap.
Jangan harapkan apa-apa dari manusia dan tidak kisah jika tidak mendapat penghargaan dari manusia. Lakukan sesuatu hanya kerana Allah jangan harapkan apa-apa pujian dan penghargaan dari manusia. Jika tidak, pasti kamu akan rasa sakit jiwa apabila mengharap balasan dari manusia.

2. Sedar segalanya milik Allah.
Segala yang ada dalam dunia ini hanyalah pinjaman daripada Allah. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita kene suka apa yang kita dapat...Itulah namanya bersyukur dan hargai apa yang Tuhan 'pinjamkan' pada kita.

3. Sentiasa Sabar dan Solat.
 Menurut Imam As-Suyuthi dalam tafsir al-Jalalain, sabar adalah menahan diri daripada segala apa yang dibenci (al-habsu li an-nafsi ‘alaa maa takrahu). Sikap inilah yang wajib dimiliki ketika kita menghadapi musibah. Selain itu, kita disunnahkan untuk  mengucapkan kalimat istirja’ (Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun) ketika berlaku musibah. Allah SWT berfirman :

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" . [TMQ al-Baqarah [2] : 155-156]
 
 3. Jika ada masalah, fokus pada solusi dan serah pada Ilahi.
Jangan fikirkan masalah hingga buat kita stress dan tensyen, tapi lebih fikirkan langkah dan penyelesai masalah, itulah yang lebih membantu dan terbaik..apabila dirasakan penyelesai itu harus dilaksanakan, laksanakanlah! Jangan statik dalam masalah, tapi usahalah untuk 'keluar' dari belenggu masalah itu! Setelah usaha dan lakukan yang terbaik, redhalah dengan hasilnya dengan berdoa, tawakkal kepada DIA.
USAHA kita jauh lebih penting daripada HASILnya...Allah itu lebih melihat USAHA dan KESUNGGUHAN kita daripada HASIL yang SEMPURNA. kerana Allah Maha Tahu tiada manusia yang SEMPURNA.

4. Think positif - Sentiasa berfikir dan bersangka baik.
Positifkan diri kita..barulah hidup kita boleh bahagia dan ceria. Jika terasa berat, berdoalah pada Allah supaya hapuskan segala yang negatif dalam diri kita dan gantikan dengan segala yang positif. Fikirkanlah yang baik-baik sahaja walaupun bukan yang baik-baik saja yang berlaku pada kita...

Sungguh menakjubkan keadaan orang yang beriman, kerana semua perkara adalah baik baginya, dan itu tidak terjadi kepada sesiapa pun kecuali kepada orang yang beriman. Jika dia mendapat nikmat, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, maka itu pun baik baginya." (HR Muslim).

5. Sibukkan diri dengan aktiviti.
Penuhkan masa kita dengan sesuatu yang berfaedah, jangan kurung diri anda, tapi joinlah aktiviti atau seminar-seminar motivasi. Antara aktiviti-aktiviti yang berfaedah :

-zikir
-dengar atau baca Quran
-berbakti untuk ibu bapa
-solat 5 waktu, solat-solat sunat
-baca buku yang berfaedah
-lakukan hobi kita
-uruskan diri kita supaya lebih kemas dan terurus
-buat jadual harian untuk rutin harian kita

6. Maafkan kesilapan orang & bahagiakan orang.
Lupakanlah segala kesalahan orang dan maafkan, kerana itu lebih membuat hidup kita tenang tanpa dendam yang disimpan di dalam hati...dendam adalah virus dalam hati kita yang perlu kita buang...sebaliknya kita cuba bahagiakan orang disekeliling kita walaupun melibatkan pengorbanan jiwa kita sendiri...bagi saya..kita akan lebih bahagia jika kita beri kebahagiaan pada orang lain...tanpa kita meminta orang membahagiakan kita..percayalah, hati yang ikhlas pasti dibalas! kerana Allah yang Maha Adil akan membalas kebaikan kita walau sebesar zarah! Malah Allah membalas lebih banyak daripada sedikit kebaikan yang kita lakukan..betapa pemurahnya Allah.

**sekadar perkongsian perkara yang saya alami sendiri dan cuba amalkan..semoga berjaya! Ingatlah Allah sentiasa ada, kita tak berseorang.

No comments:

Post a Comment