Friday 29 March 2013

Karya Sepi

Ketika ini..
Hanya mendiam.
Kata-kata bagaikan terhenti.
Mulut yang dahulunya yakin dan lancang berkata-kata.
Kini mendiam seribu bahasa.
'Tertampar' oleh ujian yang sebenarnya teguran dari ilahi.
Hati teruji oleh hasil nukilan karya sendiri.
Bila 'cubitan' tidak berkesan 'tamparan' mungkin menyedarkan.
Ianya hanya dapat 'dirasa' di dalam hati yang hanya kecil.
Tetapi memberi 'rasa' dan impak yang besar dan hebat.
'Rasa' hanya dapat dirasa apabila telah 'alami' sendiri.
Sukarnya menterjemahkan 'rasa' kepada kata-kata.

sedang terhuyung-hayang antara graviti kemungkaran dan kebaikan
tidak kukuh lagi
sedang merangkak-rangkak bangkit menuju cahaya suci yang terang 
masih kelam lagi

*blank
*blank
*blank

DIA sedang mendidik jiwa dengan mehnah keperitan, kepedihan dan kesakitan agar tetap

KUAT dalam perit
TABAH dalam resah
SENYUM dalam kelam
CERIA dalam derita
BANGKIT dalam sakit

Mungkin ini adalah 'karma' kejahatan, penghapusan dosa-dosa lampau, hari ini dan akan datang...katakan pada diri BERSYUKURLAH apabila diuji..kerana itu tanda kasih sayang-NYA yang tak pernah berhenti. Itulah tanda DIA 'ingat' akan kamu.

 Sudah berapa kali hati pesan pada diri..jagalah hati...jagalah hatii..hati-hati menjaga hati...kerna hati hampir mati pabila jauh dari ilahi...

sudah berapa kali hati pesan pada diri..jangan terlalu...jangan terlalu... bersederhanalah..bersederhanalah..
kerana pada keSEDERHANAanlah terletaknya keINDAHan...

tamaknya hati..ingin terlalu...terlalu sayang..terlalu ingin mendapatkan impian yang hanyalah fatamorgana...dari jauh indah dipandang..
sudah dapat dan dekat sudah hilang ketenangan tiada makna hakiki..yang hanya adalah pandangan 'duniawi'.

Pandanglah dari sisi kebaikan mudah-mudahan kebaikan jua yang akan dapat...
Memberilah kebaikan dengan kasih dan sayang mudah mudahan terhapus jua kejahatan...

Mungkin ramai yang mampu menerima hidayah dan iman...tetapi nilai takwa itu tidak mudah...kerana ingin mengekalkan iman pada tahap istiqamah lebih sukar..disinilah nilai iman teruji!

Katakan pada hati hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..Dia MAHA TAHU samada hambanya berusaha keras menuju iman atau hanya sambilewa atau langsung tidak endah!

Berhentilah menipu hati sendiri..berhentilah melawan fitrah hati yang cintakan kebaikan dan ketenangan...mungkin mudah untuk menipu orang lain..tetapi tidak hati sendiri dan juga Allah..berdepanlah realiti walaupun realiti itu lebih perit dan tak seindah fantasi..berpijaklah di bumi yang nyata..bukan diawang-awangan yang hanyalah angan-angan panjang.

Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

QALBUN SALIM..
alangkah bertuahnya pemilik hati yang mendapat ketenangan yang datangnya dari Tuhan pemilik sekalian alam..

Pemiliknya
Tetap tenang disaat miskin, keseorangan, tidak memiliki, walau kurang kuantiti dan kualiti materialiti tetapi hatinya tidak henti-henti menikmati kesenangan hati...apa gunanya rumah mewah, kereta mewah, tetapi empunya hati is 'empty' dan serabut..hanya hidup senang tetapi hati langsung tak senang dan tenang...

jika dibandingkan dengan rumah kecil, kereta kecil, tetapi hatinya sentiasa tenang dan senang...mana yang kamu pilih...lebih bertuah andai hidup senang dan hti pun senang...apakah yang lebih penting sebenarnya? kualiti hatilah jawabnya..

MATERIAL tidak bernyawa dan tidak memberi makna yang hakiki...tetapi itulah yang paling dikejar manusia...

PEMILIK HATIlah yang bernyawa dan memberi makna yang hakiki untuk dibawa ke akhirat kelak..tetapi nilainya selalu dicemari dan dikotori..malah tidak dicari..apatah lagi dikejar...

Tertipu dengan ilusi keindahan duniawi kerana lalainya hati..

Jika hati bersih..'hati'lah yang akan menguasai dunia bukan dunia yang menguasai 'hati'.

Sedang
Sedang
dan
Sedang belajar menguasai hati sendiri.
Its okay to fail if u TRY HARDER but its definitely fail if u STOP TRYING.

p/s-  hanya kata-kata lebih hebat daripada empunya diri yang biasa-biasa kerana hanya DIA yang MAHA HEBAT. (^_^)

Sincerely,
Peacefullover.