Saturday 13 October 2012

Menongkah Arus?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Di saat gelombang cabaran masa kini kian mengganas, mampukah kita bertahan menghadapi arus kehidupan yang semakin hari semakin mencabar keimanan kita?

Itulah yang dipanggil menongkah arus! Jika kita mahu selamat. Di saat kebanyakan orang 'terjatuh' dan 'lemas' dihanyut arus duniawi yang begitu deras dan kuat, mampukah kita tetap berdiri teguh,'berenang' 'berjalan' atau 'berlari' menuju 'destinasi' bahagia yang hakiki. Mustahil di sepanjang perjalanan kita tidak pernah 'lemas' walau untuk sesaat...Pasti pernah walaupun sekali!

Sudah namanya manusia biasa, tidak akan kuat tanpa cinta ilahi. Percayalah, kekuatan itu datangnya dari hati yang bersih dan hati yang dikasihi oleh Allah. Di kala hati kita terasa lemah, carilah kekuatan itu di dalam solat, terutamanya solat tahajjud.

 Sejarah Islam sendiri telah membuktikan rahsia kekuatan pemimpin tentera Islam pada ketika dahulu adalah solat malam, selain daripada solat jemaah. Kekuatan itu dimantapkan lagi dengan bacaan Al-Quran setiap hari. Sebagai contoh pemimpin Islam muda yang sebaik2 pemimpin adalah Sultan Muhammad Al-Fateh.

Buktinya Sultan Muhammad Al-Fatih ini tidak pernah meninggalkan solat jemaah dan solat tahajjud sejak akhil baligh. Bayangkan sultan ini hanyalah berumur 21 tahun ketika dilantik, betapa matang dan kuatnya fizikal dan mental pemuda islam ini mampu memimpin dan mampu menawan Constantinople yang belum pernah ditawan sebelum itu. Wujudkah pemuda seperti ini pada masa kini?



Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 2:153) 

Belum terlambat lagi untuk kita untuk bertaubat dan berubah selagi hayat dikandung badan dan sebelum matahari terbit dari barat. Kalau kita bukan orang baik, sekurang-kurangnya BERUSAHALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk menjadi baik. Bukankah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang?

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment