Tuesday 26 June 2012

:: Ini Cerita Saya ::

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Assalamualaikum...
Kali ni saya nak share video islamik yang saya rasa amat bermanfaat dan best jugak..


*video ni macam pengalaman saya jugakla kot....(*_*)




*video ni pulak macam best sebab teringin dan berangan2 nak jadi macam artis tu...tapi saya tak pernah lagi join usrah, pengakuan yang jujur dan memalukan..hehe..InsyaAllah in future..amin.....



okaylah....setakat ni je dulu..sbb lately saya sangat bz....hehehe
Next tyme banyak lagi benda yang saya nak share...bye <3 (^_^)

Saturday 16 June 2012

~ Blog Inspirasi ~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


Sekarang, saya dalam usaha nak mengupdate blog & mnjadikan blog saya lebih menarik dengan pengisian2 yang lebih memberi kesan kepada pembaca...mungkin banyak lagi yang perlu saya belajar dari segi mencantikkan blog dan dari segi penulisannya...sebab saya budak baru belajar dari segi blog dan penulisan..tapi belajar sendiri2 je..takde gi kelas pun..=b


Di sini saya nak kongsikan blog yang saya sangat 'admire' setelah penulisnya diperkenalkan oleh kawan dan adik saya sendiri...


Setakat ni, inilah 2 blog yang penuh informasi yang menarik dan pengisian ilmiahnya membuatkan saya teringin nak miliki blog yang setaraf dengan mereka...iaitu, http://genta-rasa.com/ & http://dirikudrcinta.blogspot.com/


Saya tabik dengan pemikiran dan idea mereka dalam penulisan dan graphic..orang2 yang beridea bernas dan kreatif inilah yang kita mahukan...blog2 mereka ni memang memberi inspirasi kepada saya untuk menulis dan memberi banyak info serta motivasi kepada saya untuk menjadi lebih baik dan berfikiran positive...


Setakat ni saje dulu untuk hari ini...(^_^)

Friday 15 June 2012

apa itu BAHAGIA yang sebenar?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Hari ni rasa nak update blog sebab jeles tengok blog orang lain yang best2...
okayla, hari ni tuan punya blog nak menulis pasal BAHAGIA..

Apa bahagia tu sebenarnya??

adakah orang yang bahagia tu hanya untuk orang yang sedang hangat bercinta? atau orang yang kaya raya?
ataupun orang yang dapat semua yang diinginkan dalam hidup? Tapi kenapa orang yang hangat bercinta pernah bersedih sebab kekasih hatinya? kenapa orang yang kaya raya yang hidupnya mewah..hidupnya seakan kosong, stress dengan kerja dan hatinya tak tenang? kenapa orang yang dapat semua yang diinginkan masih tak puas hati dengan apa yang dimiliki? seolah2 ade saje yang tak kena..

Itulah kehidupan....

kehidupan ibarat seperti makanan yang penuh dengan 'rencah'nya...pelbagai 'rasa' yang ada...pahit, manis...kadang2 dalam satu masakan tu, ada 'rasa' masammanis...betul tak? kalau makan coklat pulak 'rasanya' best dan sudah tentu manis..tapi kalau diambil berlebihan kita boleh 'jatuh sakit'...bila sakit, kita mesti makan ubat yang 'rasanya' pahit...itulah akibatnya bila kita hidup terlalu selesa dan ikut 'sedap rasa' je tanpa mengikut GUIDELINE yang DIA tetapkan...samalah jugak macam makan, ada sukatan yang tertentu...contoh kalau kita minum teh...airnya mesti banyak, gulanya 2 3 sudu kecil je...tak banyak...sebab kalau terlalu manis x best n boleh dapat kencing manis silap2 haribulan...kalau tawar pun tak best jugak sebab nikmat rasa tu macam 'kureng' sikit kan? air tu yang paling penting dan perkara yang paling asas...dan kalau kita perhatikan dalam minuman tu, elemen air yang paling banyak, bukan gula, atau pewarnanya....
begitulah juga dalam kehidupan kita..perkara yang paling penting dan paling utama adalah AGAMA...ia ibarat air yang menjadi keperluan kepada kita...sebab hanya airlah yang boleh 'menyucikan' fizikal kita...begitu juga dengan AGAMA ISLAM ibarat air yang menyucikan 'hati' atau 'rohani' kita...

kalau perut kita rasa lapar atau kosong, kita mesti nak makan makanan yang best2...okey, cuba perhatikan pula makanan yang kita makan..sayur yang hijau macam sawi atau peria tu mesti rasanya pahitkan? tapi yang pahit itulah bagus untuk kesihatan kita...tapi makanan yang best macam burger, ayam goreng, kentang goreng dan mcm2 lagi yang sewaktu dengannya...kolestrol tinggi, pastu boleh dapat macam2 penyakit kalau diambil berlebihan..ini bermakna, setiap 'rasa' dan 'rencah' perlu ada batas atau sukatan tertentu...contohnya macam garam, kita ambil dalam kadar yang amat sedikit untuk 'menyedapkan' makanan....begitu juga dengan realiti hidup kita dan naluri hati kita....dah jadi lumrah naluri manusia sukakan hiburan, suka dengar lagu atau suka dengar muzik yang best...Islam tak membunuh naluri manusia...tapi Islam itu mendidik naluri manusia...sebabnya Islam membenarkan hiburan tapi mengikut syarat2 tertentu bukan mengharamkan terus...tapi biasanya orang akan nampak agama islam ni semua tak boleh buat dan semuanya HARAM..sedangkan Islam itu the way of our life...Islam itu indah dan bersyariat...so, berbalik semula kepada hiburan tadi, ia ibarat 'perasa' dalam kehidupan kita, sebab tanpa hiburan hidup kita macam 'tawar' sedikit, sama macam garam yang kita letakkan dalam masakan...

Okay sekarang cuba kita bayangkan cinta remaja zaman sekarang tu macam 'rasa' coklat...sangat best, so sweet...dan bila 'hangat' bercinta tu selalu 'mudah cair'..perasan tak sama macam coklat, mudah cair bila cuaca panas..tapi memudaratkan kalau tak dikawal...sebab orang yang makan coklat tu boleh 'jatuh sakit' macam saya sebut masa awal2 tadi...benda yang sangat nikmat tapi kita makan je ikut selera dan tak ikut nasihat pakar kesihatan...memang buruklah kesannya...tak pasal2 kene makan ubat yang 'pahit'...sendiri cari pasal sendirlah kene telan walaupun pahit...tapi bila dah terkena macam tu...mesti ada hikmahnya..dan kita boleh jadikan perkara tu sebagai iktibar untuk panduan hidup kita akan datang....kesilapan yang kita lakukan dalam hidup tu, akan membuatkan kita lebih matang...sebab pengalaman hiduplah yang mengajar kita pelbagai erti 'rasa'......(sedih, hepy, marah, sakit hati, dan lain2) saya pasti, mustahil manusia biasa tak pernah lakukan kesilapan, termasuklah saya...(*_*)

begitulah jugak macam realiti hidup kita sekarang ni....kalau kita tengok remaja zaman sekarang, macam tak logik je kalau tak pernah 'jatuh hati', atau tak pernah bercinta..kalau tak pernah bercinta pun, saya sangat pasti, mesti diorang pernah 'jatuh cinta'.....dah memang lumrah naluri manusia macam tu....ye, memang betul, remaja nak rasa disayangi, nak rasa diberi perhatian, dan dihargai...saya sangat memahami sebab sy pun pernah remaja jugak (macamla tua sangat sekarang...hehehe)

tapi percayalah...

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

ini adalah pesanan dari DIA bukan saya..saya tolong copy paste dari AL-QURAN je...=)
Tuhan bagi kita akal, untuk berfikir...jadi hargai dan gunalah akal yang ada sebaik mungkin...

kalaulah cinta tu macam coklat..kita simpan dulu coklat tu dalam peti ais (hati kita) dan keluarkan sampai 'cair' bila coklat tu HALAL dan SAH untuk kita makan =b

sebenarnya bahagia itu datangnya dari hati yang TENANG...bahagia itu adalah ANUGERAH yang tak ternilai dan mahal harganya...bukan datang dari manusia, harta, rupa, hiburan, pangkat....tapi datangnya dari DIA...CINTA ILAHI itulah yang paling bermakna dalam dunia sebenarnya...kerana DIAlah yang cipta 'rasa' itu...dan segala2nya...adakah kita sedar? 

dan makanan yang paling penting untuk kesihatan dan kekuatan hati kita adalah 'zikir', ayat2 Al-Quran, as-sunnah dan ilmu agama...ibarat macam kita makan supliment...bila hati kita sihat dan kuat, datanglah ujian seberat mana pun pada kita, kita tak mudah 'jatuh sakit' dan boleh hadapi dengan tenang dan 'cool' je...... wallahu'alam...


p/s - rasa macam panjang pulak, nak je taip lagi panjang2...tapi nanti korang bosan pulak baca entry macam tu....(^_^) by the way...thankz yang sudi baca sampai habis...

Sunday 10 June 2012

::NIKMAT::


~Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~


Kadang2 kita tak sedar hidup kita penuh dengan nikmat…dan kita mungkin akan sedar dan tersedar bila nikmat hidup kene tarik…

Sekadar perkongsian…
Adalah seorang hamba Allah ni…dia selalu nak makan makanan yang sedap2 je…kalau makanan tu tak sedap, mungkin dia tak nak makan atau tak habis…smpai lah satu hari ni dia selalu sakit perut..semua makanan kegemaran dia adlah makanan yang dia tak boleh makan..dan makanan yang dia tak suka tulah dia kene makan…oleh sebab sakit punye pasal..dia makanlah jugak..paksa diri..tapi perut dia tetap sentiasa sakit, pedih yang amat sangat…bila dah dapat makan, dia muntah2, ataupun sakit perut ‘membuang’…keadaan ni selalu terjadi pada dia selama hampir 2 tahun..dalam masa 2 tahun tu..tyme tak sakit perut jarang sekali..sebab perut akan sakit semula…macam2 cara dia buat supaya penyakit dia sembuh.. …dugaannya hanya Tuhan yang tau,,,sebab tyme dia sakit tu,,, dia sedang study dan nak habiskan ijazahnya..dengan pelbagai masalah yang datang… pegi turun naik hospital pakar ,doctor alternative dan mcm2…tapi tetap tak berjaya..sampailah satu tahap penyakitnya semakin menjadi2 dan semakin teruk…dengan izin Tuhan, dia sembuh dengan rawatan daripada ustaz….penyakit yang sebenar biarlah hamba Allah tersebut sahaja yang tahu…tapi yang nak diceritakan disini…NIKMAT makan tu teramatlah nikmat..bukan itu sahaja..nikmat bernafas pun..cuba  bayangkan kalau sepuluh minit je kita tak dapat bernafas, pasti sangat terseksa…..

Tapi adakah kita sedar banyak nikmat dariNYA yang tak terkira dan tak terhitung….DIA tak pernah berkira sedikit pun dengan kita…free2 je bagi kita mcm2..bagi kita udara..bagi tempat tinggal, bagi keluarga, bagi nyawa, bagi pelbagai rasa………

Tapi kenapa kita sangat berkira nak buat baik padaNYA?? Soalan ni saya tujukan untuk diri saya dan semua….kita sangat2 patut berterima kasih padaNYA dengan bersyukur….dan apakah balasan kita kepada DIA yang ANUGERAHKAN segala2nya untuk kita??

Saya rasa semua orang tahu jawapannya secara teori iaitu buat apa yang DIA suka, tinggalkan apa yang DIA tak suka..mengikut AL-QURAN dan AS-SUNNAH..tapi kurang tau jawapan dari segi AMALI..

Tapi adakah kita betul2 memahami kandungan AL-QURAN dan AS-SUNNAH tersebut..adakah kita menjiwai dan mengamalkannya? saya rasa saya tak layak lagi menyoal soalan ini kepada orang lain, jadi saya tuju soalan ni untuk diri saya dulu…Saya pun tengah dan masih lagi belajar memahami dan berusaha mengamalkan…InsyAllah…

Kita mungkin bukan sempurna…tapi kita boleh berusaha berubah ke arah yang lebih baik sedikit demi sedikit….bukan berubah serta merta sekaligus….takut x kekal lama nanti…

Saya teringat pada kata2 Ustaz Azhar Idruz…

‘Kalau kita nak berubah, kenelah sedikit demi sedikit…kalau ‘budak tadika’ kita hantar kat sekolah tadika…tak kanla terus nk hantar kat Universiti??’


Perumpaannya gitula..

biarlah apa pun pandangan manusia lain terhadap kita..kerana DIA Maha Mengetahui HATI kita, LISAN kita dan PERBUATAN kita…sebab IMAN itu dinilai dari hati, tutur kata, dan perbuatan seseorang….

Kita usaha berbuat baik bukan kerana kita orang yang kuat iman…tapi kita usaha berbuat baik kerana kita nak kuatkan iman….INSYAALLAH







Tuesday 5 June 2012

oh GADIS

Assalamualaikum..


Hari ni aku tak tau kenapa tangan ni 'galok' nk nulis....padahal lame dh tinggal blog...
Hurm..cume nak kongsikan kata-kata yang memberi kesan dalam jiwa saya...dan membuatkan saya berfikir..saya PERLU dan WAJIB berubah...tapi?? (tapi tu perlu ke? langsung x perlu) hurmmm........


'Bukan Soal Mencari yang Terbaik..Tapi Jadilah yang Terbaik...Sebelum Lihat Kekurangan Orang Laen...Lihatlah Dulu Kekurangan Diri...(Muhasabah Diri) Sebab Allah Maha Adil..'

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
(Ar Ruum :ayat 21)

Maksudnya...Tuhan akan beri sesuatu yang sepadan dengan kita...kalau kita perangai buruk..mungkin pasangan kita pun ade jugok perangai buruk..begitulah sebaliknya....pendek kata..pasangan kita tu 'sepale' atau 'boleh masuk' ngan kita ni...(macamla kawen doss)

Kesimpulannya, kalau nak yang baik...diri sendiri tu dulu kene jadi baik...bukan hanya nak cari yang baik..tapi hakikatnya? diri sendiri tu guane?

Sudah fitrah dan lumrah seorang perempuan itu diciptakan dengan kelembutan dan perlu bimbingan daripada    
'PEMIMPIN'nya...jangan terlalu tegas, jangan terlalu bagi muka...bersederhana yang paling bagus...hok penting AGAMA...

Hadith Rasulullah SAW yg bermaksud: 
"Sesungguhnya wanita seperti tulang rusuk, apabila kamu hendak meluruskannya,
ia akan patah.Jika kamu membiarkannya, ia akan tetap dalam keadaan bengkok 
(Riwayat Muslim)

Jadi jangan harap nak cari perempuan yang perfect dari semua segi...
Tapi carilah PENYEJUK DI MATA, PENAWAR DI HATI................


haaaa....jangan terlalu mengejar kesempurnaan..tapi menyempurnakan apa yang PERLU disempurnakan di depan mata...jangan meratap kisah lalu..tapi ambil IKTIBAR dari kesilapan dulu...jangan terlalu memikirkan nasib diri dan apa yang terjadi akan datang...tapi laluilah hari ini dengan SABAR dan lakukan yang terbaik semampu yang boleh untuk kebaikan selepas mati...kerana MATI adalah permulaan HIDUP YANG SEBENAR......


Dan yang paling penting...lihatlah seseorang atas dasar siapa dia pada HARI INI...bukan siapa dia di MASA LALU...dan doakan untuk KEBAIKAN dia pada masa akan datang...bukan hina atas kejahatannya pada hari ini..sebab MUNGKIN dia LEBIH BAIK pada masa akan datang...sebab belum tentu YANG BAIK hari ini...akan BAIK akan datang...tetapi yang PALING BAIK adalah yang konsisten (istiqamah)



Hurm..
Saya BUKAN Ustazah yang penuh ilmu di dada..
BUKAN juga Gadis yang sewenang2nya untuk di hina...
Tetapi..
Saya HANYALAH Seorang Gadis Biasa yang mengharapkan belas ehsan & kasih sayang dari ILAHI...

**Menulis sbg hobi dan untuk diri saya dan untuk sape2 yang rase nk baca...