Saturday 14 July 2012

^^ DUGAAN REMAJA ZAMAN SEKARANG ^^ part 1


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang......

Hari ini saya memilih isu ini kerana cabaran remaja zaman sekarang LEBIH MENCABAR jika kita lihat bermacam2 kemudahan canggih dan teknologi yang pesat….ini bermakan cabarannya menyerang dari depan, kiri, kanan, dan belakang tanpa henti, malah makin bertambah-tambah…

Zaman sekarang, kalau kita tanya pada remaja dan anak muda, JARANG yang  tiada facebook, twitter dan blog….

JARANG juga yang tidak bercople dan bercinta…

JARANG yang tidak sukakan trend and fashion dalam berpakaian…

JARANG yang tidak sukakan hiburan…..saya rasa bukan jarang, tapi boleh dikatakan semua remaja dan anak muda yang sukakan hiburan….termasuklah saya…

Tapi perkara2 yang BAGUS, JARANG remaja suka and selalu buat,,,,,,,

Contohnya…dengar orang berceramah atau dengar alunan ayat2 al-quran….Tapi Alhamdulillah, sekarang ini makin bertambah golongan anak muda dan remaja yang ada kesedaran untuk pergi ke ceramah yang famous macam Ceramah UAI…..

Tapi ramai juga yang suka tengok wayang…ENJOY….nikmati  waktu muda dengan perkara2  yang SERONOK untuk dibuat,,,,saya bukan menulis untuk menuding kepada remaja atau anak2 muda di luar sana, tetapi berdasarkan pengalaman saya sendiri dan apa yang saya lalui sendiri…kerana saya bukanlah seorang pemegang ijazah dalam bidang agama…tetapi dalam bidang perakaunan…dan saya melalui gaya hidup yang dilalui oleh pelajar2 yang bukan jurusan agama…oleh itu, karakter dan watak mereka jauh berbeza dengan pelajar2 yang mendalami ilmu agama…

kerana saya juga remaja dan anak muda yang sama macam orang lain yang kononnya, hidupnya ‘orang biasa’ bukan ‘orang agama’ dan bukan ‘orang wara’….Tetapi Alhamdulillah saya masih ada asas agama daripada sekolah menengah…dan hanya dengan ILMU agama yang SEDIKIT saya menghadapi pelbagai UJIAN dan CABARAN yang saya rasa LEBIH KUAT dan LEBIH BANYAK berbanding ilmu agama dan iman saya yang SEDIKIT….

jadi, saya rasa memang tidak peliklah kalau orang yang langsung tiada ASAS AGAMA lagi lemah IMANNYA…sedangkan saya yang ada asas agama semasa sekolah menengah pon, dapat rasakan betapa lemahnya IMAN pada saat saya menjalani kehidupan di Universiti yang penuh cabaran………..tetapi bukan semua begitu…sebab ada juga yang kurang ilmunya….tetapi sifatnya baik dan okay…..Cuma jarang sekali yang begitu…

SEBAB ITULAH TUHAN JANJIKAN kepada REMAJA dan ANAK MUDA yang BERIMAN & PATUH pada AGAMA, akan menjadi VIP dan mendapat naungan ARASY di padang MASYAR nanti………….ALLAHUAKBAR!

Kalau orang TUA yang bertaubat dan beriman, itu perkara biasa…
Tetapi jika orang MUDA yang bertaubat dan beriman, itu perkara luar biasa……
 
Sebab apa begitu?

Kerana zaman remaja, jiwanya mudah tersentuh, jiwanya mudah memberontak, jiwanya cintakan perkara2 yang seronok dan yang indah sahaja….pada masa ini…mereka sedang mencari-cari identity, sedang terumbang ambing mengawal nafsu….sedang dan baru nak kenal susur jalur kehidupan dunia yang penuh dengan tipu daya…dan jika mereka gagal hadapi ujian hidup, masa depannya mungkin ‘rosak’ dan ‘hanyut dengan fatamorgana’…..

Tapi orang2 muda jugalah Tenaganya masih kuat kalau nak berdakwah, ideanya masih bijak dan fresh untuk berdakwah…kualiti ilmunya juga bijak kalau digunakan dengan betul……

 :: Remaja yang ‘hanya orang biasa-biasa’….amat berbeza dengan remaja yang ‘orang agama’::

Tetapi mereka yang ‘biasa-biasa’ macam saya inilah yang harus dipimpin….yang harus ditarbiyyah….yang harus ditarik…agar mereka KENAL AGAMA…dengan pendekatan yang ‘penuh HIKMAH, KREATIF dan BIJAKSANA’…BUKAN dengan cara ‘MARAH’, PANDANG RENDAH, dan BIARKAN SAJA….

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk"
(Surah An-Nahl, ayat 125)

Bagi saya…pucuk pangkalnya, kita harus ‘SENTUH’ HATI MEREKA dan FAHAMKAN MEREKA TENTANG AGAMA terlebih dahulu….BUKAN terus marah, suruh tutup aurat….tapi mereka tak faham kenapa mereka kena tutup aurat? Kalau kita marah, mereka akan jauhkan diri mereka…..

Mereka tak faham kenapa mereka PERLU jaga Pergaulan?? mereka tak faham kenapa mereka tak boleh ‘Berseronok?? Sebab pokok pangkalnya segalanya datang daripada HATI mereka…Jadi, kita kene SENTUH hati mereka dengan KASIH SAYANG dengan cara ‘psikologi yang berkesan’…Bukan saya menegah orang menyeru kearah KEBAIKAN, tetapi biar KENA DENGAN CARANYA sebab remaja zaman sekarang tak sama dengan remaja zaman dahulu….

Jika zaman sekarang pengaruh negative daripada Internet tersangatlah banyak….kita cuba ‘menyerang’ dengan mewujudkan lebih banyak pengaruh positive di dalam internet….Contohnya, melalui YOUTUBE, dengan memasukkan VIDEO2 ISLAMIK yang memberi kesedaran dan membuatkan mereka BERFIKIR tentang kepentingan ISLAM dalam KEHIDUPAN….Boleh juga kita wujudkan medium2 dakwah dari segi PENULISAN melalui Blog, Facebook, Twittter….kita gunakan Medium yang dianggap LAGHO kepada perkara2 yang berunsurkan dakwah…..sebab zaman sekarang REMAJA ‘pantang’ di tegur depan2 mereka…sebab mereka ni ‘malu’ apabila ditegur…jadi dengan cara ini sedikit sebanyak MEWUJUDKAN satu ALTERNATIF DAKWAH selain kita NASIHAT MEREKA ‘DEPAN-DEPAN MUKA’…

Maksudnya, orang islam sekarang kena ADVANCE dengan TEKNOLOGI supaya mudah kita nak ‘tarik’ orang muda dekat dengan ISLAM…sedangkan TOKOH ISLAM pada zaman dahulu pun ada TEKNOLOGI dan BIJAK gunakan TEKNOLOGI untuk perangi MUSUH ISLAM….Barulah orang Islam ni tak KETINGGALAN dan jauh ditinggalkan OLEH ORANG KAFIR yang jauh lebih maju daripada orang ISLAM…


## Ini salah satu contoh video ISLAMIK yang KREATIF ##

No comments:

Post a Comment